Wednesday 8 January 2014

Cintanya Seorang Anak Terhadap Bondanya...


Assalamualaikum..
Jemariku membicarakan apa yang terlintas di hati betapa rinduku terhadap bonda,
itu lah bukti betapa cintanya seorang anak terhadap ibunya tidak akan pernah putus bagaikan dua insan yang bercinta kerana lahirnya seorang bayi dari rahim seorang ibu bermulanya satu tanggungjawab baru bagi seorang wanita itu namun beliau tidak pernah mengeluh menjalani tanggungjawab yang diberi oleh yang Esa.Tanpa beliau tiadalah kita dibumi ciptaan Allah ini.Ibu,Mama,Mummy,Umi,Bonda dan Emak panggilan yang pelbagai namun jika disebut sungguh menyetuh hati kerana kasih sayang suci beliau tiada galang-ganti seperti pen yang kehabisan dakwat apabila selesai berkhidmat kepada tuannya.Tidak pernah sesat beliau lupa akan kita lihatlah duhai anak sesungguhnya hati ibu sangatlah sensitive kerana setitis air matanya menitis kerana kekecewaan dengan sikap anaknya pasti syurga tak dicium oleh anak itu.Syurga seorang anak terletaknya pada seorang insan yang berhati mulia kerna sanggup perperang dihadapan doktor@bidan demi melahirkan seorang anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.Justeru itu,janganlah sesekali kita menyakiti hati beliau jika beliau sudah tiada hilanglah tempat bermanja kasih yang selamanya indah.Bagi seorang Ibu kejayaan anak mereka merupakan keindahan dalam hidup beliau kerana beliau berjaya mendidik dengan sempurna seorang anak yang lahir ke dunia ini ibarat kain putih yang suci dari segalanya.Beliaulahyang bersengkang mata menjaga siang dan malam seorang anak yang dikasihinya.Dari kecil dijaga,dirawat,dikasihi,ditatangi dan disusui sesungguhnya amatlah besar pengorbanan mu yang tidak dapat dikira bagai Matematik mahupun Sains untuk mengkaji betapa besarnya kasih dan kecintaan beliau terhadap seorang anak.Ya Allah lindungi la semua insan yang bergelar Ibu kerana beliau insan yang wajib diangkat ke syurga firdausi milikMu dan ku mohon kepadaMu yang Maha Esa kau luaskan pintu syurga untuk seorang Ibu yang susah membesarkan anak-anaknya.
     

     Lahir sebelum terbit mentari,
     Ibarat bunga takkan layu,
     Kekasihmu 9bulan 10hari,
     Pengorbananmu amat kuhargai Ibu.

No comments:

Post a Comment