Wednesday 23 April 2014

final da habis woi !

Assalamualaikum .
Lamanya Rasa Beel Tak Post Kat Blog Ni . Asyik Instagram , Twidder , Wechat jee .
hahaha .

alhamdulillah .final beel dah tamat minggu lepas . bagi beel semuanya okay . inshaallah . no repeat paper . moga Allah bagi result yang terbaik buad beel dengan apa yang beel dah usahakan .em amin :')

so , now cuti dua bulan . fuhhh lama juga yee . da seminggu duk rumah . boring pulak rasa, rindu pulak kat polymate polymate beel tuu . hmm . 

ni pun beel macam blurr je ,nak buad apa.haihh . haaa , tadi beel dapat offer tau . suruhanjaya perkhidmatan awam tau .senang citer kerja kerajaan lahkann . beel dapat staffnurse , 
duluu masa beel tunggu nak continue study . dapat juga offer SPA ni . masatu dapat offer tu .eksaited gila . tapi sekarang .
rasa macam takde apa apa je .yelah full of heart dah ada dekat poli nilai tuuu . hm 

beel harap .beel buad keputusan yang tepatlah .dengan stay dekat poly tu .and dapat grade diploma islamic banking dengan jayanyaaa . hmm mudah mudahan .aminn ,
okaylah just tht for tday .
selamat malam dari beel , assalamualaikum :)

Wednesday 8 January 2014

Cintanya Seorang Anak Terhadap Bondanya...


Assalamualaikum..
Jemariku membicarakan apa yang terlintas di hati betapa rinduku terhadap bonda,
itu lah bukti betapa cintanya seorang anak terhadap ibunya tidak akan pernah putus bagaikan dua insan yang bercinta kerana lahirnya seorang bayi dari rahim seorang ibu bermulanya satu tanggungjawab baru bagi seorang wanita itu namun beliau tidak pernah mengeluh menjalani tanggungjawab yang diberi oleh yang Esa.Tanpa beliau tiadalah kita dibumi ciptaan Allah ini.Ibu,Mama,Mummy,Umi,Bonda dan Emak panggilan yang pelbagai namun jika disebut sungguh menyetuh hati kerana kasih sayang suci beliau tiada galang-ganti seperti pen yang kehabisan dakwat apabila selesai berkhidmat kepada tuannya.Tidak pernah sesat beliau lupa akan kita lihatlah duhai anak sesungguhnya hati ibu sangatlah sensitive kerana setitis air matanya menitis kerana kekecewaan dengan sikap anaknya pasti syurga tak dicium oleh anak itu.Syurga seorang anak terletaknya pada seorang insan yang berhati mulia kerna sanggup perperang dihadapan doktor@bidan demi melahirkan seorang anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.Justeru itu,janganlah sesekali kita menyakiti hati beliau jika beliau sudah tiada hilanglah tempat bermanja kasih yang selamanya indah.Bagi seorang Ibu kejayaan anak mereka merupakan keindahan dalam hidup beliau kerana beliau berjaya mendidik dengan sempurna seorang anak yang lahir ke dunia ini ibarat kain putih yang suci dari segalanya.Beliaulahyang bersengkang mata menjaga siang dan malam seorang anak yang dikasihinya.Dari kecil dijaga,dirawat,dikasihi,ditatangi dan disusui sesungguhnya amatlah besar pengorbanan mu yang tidak dapat dikira bagai Matematik mahupun Sains untuk mengkaji betapa besarnya kasih dan kecintaan beliau terhadap seorang anak.Ya Allah lindungi la semua insan yang bergelar Ibu kerana beliau insan yang wajib diangkat ke syurga firdausi milikMu dan ku mohon kepadaMu yang Maha Esa kau luaskan pintu syurga untuk seorang Ibu yang susah membesarkan anak-anaknya.
     

     Lahir sebelum terbit mentari,
     Ibarat bunga takkan layu,
     Kekasihmu 9bulan 10hari,
     Pengorbananmu amat kuhargai Ibu.

Layak Ke Kita Untuk Cinta ?

Untuk Post Seterusnya ,Tetiba Rasa Nak Bercintan cintun Sikit . HA HA !So, Jom Kita Borak Sikit Pasal Cinta Ni .

CINTA . Apa Tu EH ?Korang Pernah Tak Bercinta ?

Tipuu JELAA Tak Pernah. Masing Masing Dah Remaja Kan ?
Tipu Jugak Laa Kalau Takde Sikit Pun Perasaan Itu Datang Dalam Hati .

Nak Bercinta Tu Boleh ,Tapi Biarlah Berpada pada Kan ? Kalau Asyik Berkepit 
Juga Pun Takboleh Juga Kann.
Cinta Tu Boleh .Tapi Jangan Sampai Melekakan .
Sampai Abaikan Study Semua .
Tu Yang Tak Best Tu.

Kalau Nak Bercinta Tu . 
Jaga Batas Pergaulan . Elakkan Berdua .
Sebab Nanti Yang ketiga Tu Paham Paham Jelaa Kannn .

So Kalau Kewangan dah Kukuh . Semua Da Cukup , Apa Tunggu LAGI ..
Segera Segera kan Lah Dirikan Masjid Tuu.
Kalau Betul Da Sayang , End Up Relay Korang Dengan Ikatan Dan Akad .

Sama Sama Bimbing Ke Jalan ALLAH .
Menuju JannahNYA .

TAPI TAPI ...
Kalau Korang Tengah Study Takpayah Nak Fikir Lagi Pasal Ni Dahulu.
Settle kan Belajar . Dapat Apa yang Ditarget , 


Then Barulah Boleh Masuk Bab Bab Kahwin Ni Okay ? ;)


Jangan Terlalu Meletakkan Pasangan Korang Yang Utama.
Tapi Letakkan DIA ,
ALLAH Pencipta Mu .
Yang Terutama . :')

















Sahabat itu Umpama Apa ?

Sahabat .
Semua Orang Ada Sahabat Bukan ?

Sama Juga Aku , 
Sahabat . 
Orang Yang Terpenting Dalam Selepas Keluarga kita bukan ?

Tipulah Kalau Korang Kata Korang Takda Sahabat .Serioustalk Tipu.
Mana Ada Yang Macamtu .Korang Tahu Tak ? Senang Je Nak Berkawan Ni . 
Kadang Kadang Kan , Dengan Satu Senyuman Je Korang Dapat Seorang Kawan Tau ! 
Betul Taktipu . Cuba Korang Try Senyum Kat Someone Tu . Mesti Nanti Korang Jadi Member (:

Tapi , Lain Pula Situasinya Kalau Kita Senyum Kat Orang .Pastu Orang Yg Kita Senyum tu Buad Taktahu Je Kan . 
Hurmss . Biarlah Dia .
Kita Dah Buad Pahala Free Free Dah Kan ? Dia Je Yang Taknak Join Kita Sekali Buad Pahala Sedekah Senyum .Ye Idok ? ha ha .

Cakap Pasal Sahabat , 
Nak Habaq Mai Sikit Pasal Sahabat Si Pencoret Blog Ni .
Semuanya Bermula Pada First Aku Start Belajar Kat Polinilai .

Cerita Ni Semua Pasal Roomate Aku .Tiga Tiga Diorang ni Budak Bawah Setahun Dari Aku .
Mula Mula Macam Terfikir Jap Macam Takbest Je Roomate Dengan Junior . 

Tapi Semua Yang Aku Sangka Tu tak Betul Pun .Mula Mula Memang Lah Macam Sombong Je Kan .Tapi Dahlama Masuk Air Juga Junior Aku Semua Ni. Sekepala Semuanya .Alhamdulillah .


Harap Persahabatan Antara Aku Dengan Diaorang Takkan Berakhir Sampai Habis Sem Kat Poli Ni .

Tapi Sampai Bila Bila .
Moga Moga Baik Baik Saja .






  Tak pernah ada manusia yang hidup tanpa sahabat

" Persahabatan suatu kisah yang indah
Yang tak terlupakan setiap insan
     Yang pernah merasakan persahabatan "

                             #FNA











Monday 6 January 2014

Ceritera DIRIKU ...

Tanggal 20 oktober 94 .
Lahirlah Aku di Muka Bumi Ini ,

Lahirlah Aku , Sebagai Puteri Sulung Bagi Pasangan En Adnan dan Pn Zalinda .

Dengan Nama Yang Diberi , Fatin Nabila Binti Adnan.
Bererti Yang Genit , Menarik Dan Mempesonakan .

yaaa..

Bukan Mudah Untuk Menggalas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung. Tetapi Sebagai Seorang Anak . Itulah Tanggungjawab . 

Dan Itulah Ketentuan . 


Tiada Apa Yang Menarik Bagi aku .
Seorang HAMBA ALLAH yang Tidak Lari Dari Lembah Dosa .
Yang Sering Alpa Dalam Keasyikan Nikmat Dunia .

Cuma Apa Yang Boleh Dikongsikan , INSHAALLAH .
Dikongsi Bersama .


            SALAM UKHWAH FILLAH YA AKHI WA UKHTI (: